fbpx

82 burung dilindungi dirampas bernilai lebih RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara burung yang dilindungi dirampas Perhilitan Selangor.

SHAH ALAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor merampas 82 burung pelbagai spesis dilindungi di sebuah premis perniagaan di Seri Kembangan baru-baru ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2.45 petang itu pada Ahad lalu, bagaimanapun tiada penahanan dilakukan susulan pemilik premis berusia 42 tahun tiada di lokasi kejadian.

Pengarahnya, Haidar Khan Mokbolhasan berkata, siasatan awal mendapati pemilik premis itu menyimpan kesemua spesis hidupan liar tersebut tanpa sebarang dokumen sah daripada Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia.

“Antara spesis yang dirampas termasuk 60 ekor burung Mata Putih Timur, burung Pikau (11), burung Tiong Mas (4), burung Bayan Serindit (3), burung daun (2) dan masing-masing satu bagi burung Pucuk Kuak dan Bayan Nuri.

“Nilai rampasan dianggarkan melebihi RM100,000,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Beliau menambah, pihaknya telah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam dengan kesemua barang kes dibawa ke Jabatan Perhilitan Selangor untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 60(1)(a), Seksyen 68(1)(a) dan 68(2) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI