fbpx

Tun Arifin Zakaria dilantik Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohani, Noh, Mohd. Asri dan Norian antara nama yang dilantik ke anggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 bersama barisan 18 ahli lain, berkuat kuasa serta-merta.

Pejabat Perdana Menteri berkata, pelantikan ahli jawatankuasa tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain Arifin, turut dilantik ialah bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman; bekas Ketua Polis Negara,Tan Sri Norian Mai dan bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Jawatankuasa itu turut dibarisi pakar kesihatan antaranya bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif; pakar bedah jantung dan pakar kesihatan awam, Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop.

“Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, Majlis Keselamatan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatankuasa tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI