fbpx

Syabu RM16 juta dalam bungkusan teh dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamsari Abu Hassan (tiga dari kanan) menunjukkan bungkusan teh yang mengandungi dadah jenis syabu ditinggalkan oleh penyeludup di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang semalam.

PASIR MAS – Cubaan dua lelaki untuk menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM16.08 juta ke negara ini gagal apabila kegiatan mereka itu berjaya dipatahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika melakukan rondaan di kawasan sempadan negara di Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang semalam.

Dalam tangkapan pada pukul 10 pagi itu, anggota ATM Batalion Ke-4 Rejimen Sempadan telah merampas dadah jenis syabu seberat 402 kilogram yang dibungkus dalam bungkusan teh.

Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged), Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hassan berkata, ketika rondaan sedang dijalankan, anggota ATM telah terserempak dengan dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Kedua-dua lelaki itu dilihat sedang menurunkan guni-guni itu ke kawasan tebing sungai di negara ini.

“Apabila melihat kehadiran anggota ATM, dua lelaki itu terus bertindak meninggalkan guni itu sebelum mereka melarikan diri ke negara jiran menggunakan bot,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini malam tadi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI