fbpx

Seorang parah, Geng 21 dan 18 bergaduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan antara Geng 21 dan 18 di taman perumahan di Klang Utama di sini, baru-baru ini.

KLANG – Seorang lelaki parah ditetak menggunakan senjata tajam dalam pergaduhan melibatkan dua geng kongsi gelap iaitu Geng 21 dan 18 di taman perumahan di Klang Utama di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu pada Jumaat lalu, mangsa berusia 30-an cedera di tangan, kepala serta badan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada ketidakpuasan hati kedua-dua kumpulan itu kerana melaporkan kejadian gaduh melibatkan kumpulan lain.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan rakan mereka telah ditangkap dan dipenjarakan.

“Susulan laporan diterima polis daripada bapa mangsa berusia 59 tahun kemudiannya membawa penangkapan empat orang suspek berusia 20 hingga 40an.

“Semakan rekod mendapati keempat-empat suspek itu mempunyai rekod lampau berkaitan kekerasan, samun dan mendatang cedera. Mereka kini direman selama empat hari bermula semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nurulhuda menambah, pihaknya kini memburu empat lagi suspek masing-masing dikenali Daniel Arvind Peter, 23 ; V. Mahendran, 28 ; G. Navaratnam , 29 dan Balamurugan, 27 yang kesemuanya beralamat di Bukit Raja di sini.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 / 148 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dan merusuh.

Terdahulu insiden kejadian tersebut tular di media sosial dengan memaparkan sekumpulan lelaki keluar daripada sebuah kenderaan dengan memegang senjata tajam menyerang lelaki di hadapan sebuah rumah. -K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI