PETALING JAYA- Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjadi trending di Twitter selepas beberapa keping gambar beliau tular di laman sosial itu.
Gambar itu memaparkan penampilan baharu beliau yang dilihat lebih ramping berbanding dahulu.
Sehingga pukul 1 petang, ciapan ‘Rina Harun’ menerima lebih 5,000 ciapan.
Seorang pengguna Twitter, @Nelysa73 tidak mempercayai apa yang dilihatnya.
“Lawanya Datuk Seri Rina Harun,” katanya.
Tidak kurang juga mereka yang mahu Rina berkongsi rutin senamannya.
“Rina Harun ialah motivasi baharu saya. Esok hendak mula lompat tali,” ujar @khvleedv. -K! ONLINE