fbpx

Remaja melecur, rumah musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah Muhammad Adli yang musnah terbakar di Kampung Merbau Patah di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang remaja lelaki cedera melecur pada bahagian bahu dan lengan akibat terkena percikan api sewaktu menyelamatkan diri dari rumahnya yang sedang marak terbakar di Kampung Merbau Patah di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 3 petang itu menyebabkan Muhammad Adli Mohd. Johan, 19, dan 14 ahli keluarganya berusia antara dua bulan hingga 49 tahun tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan 100 peratus rumah mereka dan kerugian lebih RM100,000.

Bapa Muhammad Adli, Mohd. Johan Sidek, 49, berkata, sewaktu kejadian, semua ahli keluarganya kecuali anak bongsunya berusia lima tahun sedang tidur.

“Kami yang bekerja di Pasar Borong Gong Pauh tidur akibat keletihan berikutan telah bekerja sejak pukul 3 pagi.

“Saya dan ahli keluarga hanya tersedar daripada tidur selepas dikejutkan anak bongsu sebelum terhidu bau asap,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Johan berkata, dia kemudiannya mengarahkan semua ahli keluarganya segera keluar rumah untuk menyelamatkan diri.

“Api merebak dengan pantas. Kami tidak sempat menyelamatkan apa-apa termasuk kereta, barangan kemas dan wang tunai hasil jualan hari ini yang dianggarkan berniai lebih RM100,000.

“Kami anak beranak termasuk menantu dan cucu kini tinggal sehelai sepinggang. Anak kedua saya (Mohd. Adli) daripada lima beradik yang melecur telah menerima rawatan di sebuah klinik berhampiran,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abnihajar berkata, seramai 30 anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat kebakaran tersebut pada pukul 3.18 petang. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI