fbpx

PKPD tiga lokaliti di Terengganu, Perak tamat esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Sidang khas kerajaan hari ini bersetuju untuk menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Dungun dan Kuarters Kakitangan, Terengganu pada 10 Februari 2021 (esok) seperti yang dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan baki kes positif di lokaliti itu menunjukkan penurunan serta tiada lagi sampel menunggu keputusan.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 128 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 51 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang, Perak 10 Februari seperti yang dijadualkan,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Menurutnya, sehingga kini, KKM telah selesai melaksanakan 309 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 27 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan kes terakhir yang dilaporkan adalah pada 4 Februari 2021 dan tiada baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

“Penamatan PKPD ini turut melibatkan Pusat Transit Tahanan (PTP) di Blok Pusat Latihan Pegawai Penjara Zon 2 dan Zon 3, Penjara Marang, Terengganu dan dijadualkan tamat pada 10 Februari 2021,” jelasnya.

Jelasnya, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 76 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 38 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“Bagaimanapun, KKM mengesahkan kesemua 38 kes positif tersebut telah ditempatkan di PKRC dan kesemua kontak rapat telah diletakkan di sel berasingan dan dipantau selama 14 hari,” tambahnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI