fbpx

Pengarah syarikat kemuka tuntutan palsu didenda RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibrahim Lamri keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan selepas didenda RM15,000 kerana mengemukakan tuntutan palsu di Kuantan Pahang.

Oleh NIK SUKRY RAMLY

KUANTAN- Seorang pengarah syarikat didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah satu daripada dua pertuduhan membuat tuntutan palsu yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Tertuduh, Ibrahim Lamri, 59 tahun, didakwa mengarahkan kerani syarikat miliknya, CG Energy Resources Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kompleks Makanan Halal Pahang di Taman Teknologi Pahang, dekat Gambang, menyediakan dan menandatangani dokumen iaitu invois tuntutan palsu untuk dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Bagi pertuduhan pertama, Ibrahim didakwa mengarahkan kerani terbabit menyediakan tuntutan bayaran bulanan kepada kilang penapis minyak sawit tulen bagi bulan Mac 2019 dan pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengarahkan kerani berkenaan menyediakan tuntutan bagi bulan Mei 2019, juga untuk tuntutan bayaran bulanan kepada kilang penapis minyak sawit tulen, walaupun tidak ada pembekalan dibuat kepada peruncit berkenaan.

Jumlah tuntutan bagi bulan Mac ialah RM3,430.89 dan tuntutan bulan Mei pula berjumlah RM2,525.86.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Hakim Datuk Zamzani Mohd Zain memutuskan hukuman itu selepas mendengar hujahan pembelaan tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Bagi pertuduhan kedua, Wan Shaharuddin memohon pertimbangan mahkamah mengguna pakai TIC (Take Into Consideration) berikutan pengakuan tidak bersalah dibuat tertuduh hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI