fbpx

Pakai Mercedes-Benz, tapi datang minta zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Proses permohonan zakat bukan sengaja dibuat untuk menyukarkan pemohon, tetapi sebaliknya bagi memastikan pemohon merupakan golongan asnaf yang benar-benar layak menerima zakat.

Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Ruslan Said berkata, soal integriti harus diambil kira oleh agensi-agensi yang menjaga zakat kerana ia merupakan amanah daripada pembayar zakat.

“Kalau skim bantuan segera kita akan bagi sumbangan itu, tetapi kalau agihan berpanjangan yang bersifat bulanan, pihak agensi zakat akan menilai pemohon untuk memastikan mereka betul-betul layak.

“Ada juga pihak mengambil kesempatan, ada yang datang ke kaunter memohon sumbangan, mereka parking kereta Mercedes-Benz parking jauh, datang jalan kaki (mohon zakat),” katanya dalam Facebook Live Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini.

Beliau mengulas isu bantuan zakat yang dianggap lewat dan birokratik dalam pengagihan zakat.

Katanya, proses permohonan telah banyak berubah untuk memudahkan pemohonan asnaf bahkan boleh dilakukan secara online.

Ujarnya, dakwaan menyatakan pihak zakat tidak proaktif mencari asnaf juga tidak tepat.

“Pihak agensi zakat akan turun apabila mendapat maklumat. Pelbagai kaedah digunakan seperti Jejak Asnaf dan aplikasi yang dibangunkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk memastikan mereka dapat dikesan,” katanya.

Menurut Ruslan, menjadi tanggungjawab masyarakat untuk membantu permasalahan itu dengan kemudahan yang ada.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sedang berusaha menyelaraskan data dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pusat zakat negeri bagi memastikan tiada pertindihan pemohon. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI