fbpx

Makan ayam goreng depan penunjuk perasaan provegan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA lelaki menikmati KFC di hadapan seorang penunjuk perasaan provegan di Melbourne, Australia baru-baru ini. – DAILY MAIL

SYDNEY, Australia – Tindakan dua lelaki makan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) di hadapan kumpulan penunjuk perasaan provegan di kota raya Melbourne tular di laman TikTok, lapor akhbar Daily Mail.

Vegan merujuk kepada orang yang makan sayur dan buah-buahan sahaja.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Nick dan Bill, dirakam menikmati ayam go­reng sambil diperhatikan penunjuk perasaan provegan.

Kedua-duanya mempunyai lebih 85,000 pengikut di TikTok.

Seorang penunjuk perasaan tersebut meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Bill dan Nick dengan menggelarkan mereka ‘bodoh’ dan bertanya sama ada apa mereka fikir perbuatan tersebut ‘lucu’?

Bill menjawab teguran itu dengan berkata: “Awak mahu menggigit ayam ini?”

Penunjuk perasaan itu kemudiannya menolak pelawaannya.

Bagaimanapun, aktivis provegan itu kemudian berkata, dia gembira Bill dan Nick me­lakukan aksi demikian kerana ia membolehkan lebih ramai orang menyedari tentang perjuangan mereka.

Netizen pula memberikan pelbagai reaksi berhubung tindakan Bill dan Nick dengan seorang daripada mereka berkata, apa yang dilakukan kedua-dua lelaki itu tidak salah.

“Jika mereka mahu memperjuangkan pemakanan vegan kepada umum, jadi apa salahnya tindakan diambil Bill dan Nick? Mereka ada kebebasan untuk memilih,” katanya.

Video itu mencatat lebih tiga juta tontonan dan menerima lebih 500,000 tanda suka bersama 15,000 komen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI