fbpx

Langganan percuma kelas digital anak-anak ‘frontliner’ KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Planetmahir menawarkan langganan percuma kelas digital MAHIR Tutor kepada anak-anak petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan (KKM) yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula 22 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Planetmahir, Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berkata, langkah itu merupakan sumbagnan kepada para petugas KKM yang sedang bergelut melawan pandemik Covid-19 di negara ini.

MAHIR Tutor merupakan kelas tuisyen digital video-on-demand oleh Planetmahir khas untuk calon SPM.

“Semua kelas pembelajaran subjek-subjek ini telah dirakam bagi membolehkan pelajar mengikuti sebarang tajuk pembelajaran di mana sahaja, pada bila-bila masa.

“Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat membantu anak-anak petugas barisan hadapan kita membuat ulang kaji pembelajaran dan membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan SPM nanti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdapat 10 subjek SPM yang ditawarkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

“Anak-anak petugas barisan hadapan ini bolehlah ke laman web kami di planetmahir.com untuk mengikuti kelas online percuma, atau hubungi kami di talian 011-2354 3133,” tambahnya.

MAHIR Tutor mempunyai seramai lebih dua puluh ribu pelajar di seluruh negara.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI