fbpx

KPWKM tambah baik Dasar Kanak-kanak Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina (depan) ketika sesi persidangan secara atas talian bersama 36 aktivis di KPWKM hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) sedang menambahbaik Dasar Kanak-Kanak Negara sedia ada agar ia lebih komprehensif.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, kementerian juga sedang meneliti cadangan yang dikemukakan oleh UNICEF berkenaan  ‘Strengthening Social Assistance for Children and Families in Malaysia’ serta amalan terbaik antarabangsa bagi penambahbaikan penyampaian perkhidmatan bantuan sosial untuk kanak-kanak dan keluarga.

“Semakan semula dan penambahbaikan kepada Seksyen 29A  Akta Kanak-Kanak 2001 untuk penambahan elemen penalti kepada mereka yang tidak melaporkan penderaan kepada pihak berkuasa turut dibangkitkan.

“Justeru, pembabitan badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat amat dialu-alukan dalam memberi input yang boleh membantu KPWKM merealisasikan hasrat tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, Rina berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 5 Februari lalu telah meluluskan pelantikan seramai 224 orang (fasa pertama) Pegawai Pelindung dan Pegawai Akhlak secara kontrak. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI