fbpx

Komen jelik netizen cemarkan imej negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Segelintir netizen perlu diberi nasihat dan peringatan dalam memberikan komen-komen dalam media sosial terutama dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR), Prof. Dr. Mohd. Roslan Mohd. Nor berkata, komen-komen menggunakan perkataan jelik secara langsung menunjukkan tiadanya penghayatan kepada Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

“Kita harus membuat refleksi terhadap pandemik Covid-19 yang mana ia bukan hanya berlaku di Malaysia, sebaliknya satu pandemik yang bersifat global, merentas negara dan benua.

“Satu contoh yang mendapat perhatian ramai adalah komen atau cercaan seorang netizen terhadap lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke Indonesia atas jemputan Presiden Republik Indonesia yang berjalan pada 4 hingga 5 Februari yang lepas,” jelasnya.

Katanya, walaupun telah dijelaskan secara terperinci oleh pihak pejabat Perdana Menteri, malangnya terdapat beberapa golongan yang tidak bertanggungjawab memberikan komen yang mencemarkan imej negara dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sangat memalukan.

“Perkara sebegini jika dibiarkan boleh merosakkan sistem kemasyarakatan negara kita dengan kebebasan tanpa batasan yang seakan tidak mempunyai sistem kawalan.

“Kita mahukan supaya semua lapisan masyarakat dapat menjiwai Rukun Negara, kesopanan dan kesusilaan yang seharusnya menjadi teras utama rakyat negara ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI