fbpx

Karan Johar batalkan filem mega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KARAN JOHAR

PENGARAH Karan Johar dengan hati yang berat telah memutuskan untuk menghentikan usaha dan cita-citanya menghasilkan sebuah sebuah filem berskala besar berjudul Takht.

Terdahulu, pengarah filem Kuch Kuch Hota Hai itu telah mengumumkan penerbitan Takht pada Ogos 2018 lalu yang menampilkan beberapa nama besar seperti Ranveer Singh, Kareena Kapoor Khan, Alia Bhatt, Anil

Kapoor, Janhvi Kapoor, Vicky Kaushal dan Bhumi Pednekar.

Menurut sumber terdekat, Karan mempunyai beberapa alasan untuk menghentikan projek Takht, salah satunya kerana belanja mahal sehingga mencecah berbilion ringgit.

“Karan terpaksa menanggung kerugian kerana Covid-19, sedangkan ada beberapa buah filem arahannya seperti Brahmastra dan Liger sudah diterbitkan dan sedang menunggu untuk dilancarkan,” kata sumber.

Karan juga tidak mahu mengambil risiko meneruskan projek filem tersebut kerana melibatkan masa dan wang yang besar.

“Hasilnya, buat masa ini Karan Johar telah memutuskan untuk menghentikan Takht. Dia mungkin menghidupkan semula projek itu, mungkin setelah beberapa tahun,” tambah sumber.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI