fbpx

K2

Kantin di SMK Tunku Besar, Tampin ala kafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZUL sebagai pencetus idea inovasi di kantin tersebut melihat dekorasi dan susun atur makanan secara bufet untuk para guru.

CETUSAN idea pengetua dan sumbangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Besar, Tampin, Negeri Sembilan telah berjaya mengubah rupa kantin sekolah itu yang sudah pun berusia lebih tiga dekad menjadi lebih menarik.
Sumbangan itu diberikan secara wakaf oleh warga sekolah tersebut yang meliputi bekas pengetua, guru, bekas guru, bekas pelajar serta individu tertentu.

Kantin berkenaan kini menawarkan imej yang baharu serta keselesaan buat 86 guru dan 838 pelajarnya.

Menurut pengetuanya, Zul Senin, 55, idea mengubah kantin sekolah itu kepada konsep ala kafe moden atau bistro bagi ruang makan guru yang diberi nama TBSS d’Rest Bistro adalah bagi memberikan kelainan kepada warga sekolah.

 

ZUL (kiri) dan Hafizulhisyam menunjukkan salah satu set meja dan kerusi bar yang dihasilkan sendiri sebagai inovasi baharu kantin SMK Tunku Besar.

 

“Sejak Oktober tahun lalu, saya banyak melihat di internet contoh-contoh kantin cantik, bersih dan terbaik di sekitar Kedah dan Pulau Pinang untuk dijadikan panduan mengubah rupa kantin berusia lebih 30 tahun ini.

“Kita buka kepada warga sekolah dan bekas warga sekolah untuk berwakaf dengan membeli kira-kira 1,300 jubin buat kantin ini,” katanya kepada K2.

Ujar Zul, buat masa ini kantin itu masih belum boleh digunakan sepenuhnya oleh pelajar susulan pihak sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengelakkan penularan pandemik Covid-19.

Menurutnya, pelajar tingkatan lima dan enam hanya dibenarkan untuk membungkus makanan dan makan di kelas masing-masing.

“Bagaimanapun, saya harap agar kesemua warga sekolah akan dapat menjaga kemudahan baharu di kantin sekolah ini dengan baik,” katanya.

Tambahnya, jika sebelum ini meja makan menggunakan meja dan bangku lama, namun kini terdapat 20 set tempat duduk seumpama itu di kedai makan hentian rehat dan rawat (RnR).

Terdapat juga tiga buah meja dan 18 kerusi berkonsep bar yang dihasilkan guru Fizik, Muhammad Hafizulhisyam Rahman, 34.

 

RUANG makan untuk para guru di kantin sekolah ini juga telah diberikan nafas baharu dengan menamakannya sebagai TBSS d’Rest Bistro.

 

Bagi Hafizulhisyam, peluang menunjukkan bakat menghasilkan meja dan kerusi berkonsep bar itu digunakan sebaik mungkin bagi memberi sokongan kepada inovasi baharu yang dilakukan pengetua bagi kantin sekolah.

“Ini pertama kali saya hasilkan sendiri perabot berupa meja dan kerusi bersaiz besar.

“Kami membeli kayu pallet pine terpakai dan baharu dengan kos RM1,700. Projek ini berjaya disiapkan dalam tempoh sebulan. Saya harap ia memberikan mood berbeza,” katanya.

SMK Tunku Besar berkeluasan sembilan hektar ini pernah mencuri perhatian apabila dilaporkan media dengan keunikannya kerana terbina di sempadan Negeri Sembilan dan Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI