fbpx

Kang Sung-hoon menang saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANG SUNG-HOON

PENYANYI Kang Sung-hoon berjaya memenangi kes saman terhadap sebuah syarikat yang menguruskan sebuah acara bertemu peminat di Taiwan yang berlarutan sejak 2018.

Syarikat berkenaan, Woori Entertainment diarahkan membayar sebanyak RM291,000 kepada Sung-hoon berikutan kerugian yang dialami akibat pembatalan acara berkenaan pada 2018.

Terdahulu pada November 2018, sekumpulan peminat memfailkan saman terhadap Sun-hoon itu dan kelab peminatnya, Hoony World kerana didakwa mengaut keuntungan daripada acara berkenaan secara terlarang.

Sung-hoon juga dituduh tidak mengembalikan wang bayaran balik bagi pembelian tiket peminat biarpun acara berkenaan dibatalkan.

“Adalah tidak wajar membuat kesimpulan bahawa pembatalan acara berkenaan disebabkan plaintif (Sung-hoon).

“Sewaktu mengikat kontrak bersama YG Entertainment, dia masih dibenarkan membuat promosi di luar.

“Dokumen yang diminta Kementerian Kerja Taiwan ialah perjanjian antara Woori Entertainment, Sung-hoon dan agensi Forever2228. Bagaimanapun, Woori meminta dokumen salah daripada Sung-hoon dan tidak menguruskannya dengan betul,” ujar pendakwa raya.

Wakil peguam Sung-hoon mendedahkan, berlaku sikap lepas tangan daripada syarikat pengurusan acara tersebut membabitkan hal pengurusan visa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI