fbpx

Jimat, bantu ternakan dengan ladang rumput napier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shakran (kiri) sedang memantau rumput napier yang ditanam sekitar tepi jalan ketika ini di Teluk Panglima Garang, Kuala Langat

KUALA LANGAT – Sebuah ladang tanaman rumput napier seluas lapan hektar (ha) untuk makanan ternakan dicadang diwujudkan di Morib.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Mohd.Shakran Shamsudin berkata, pihaknya telah memohon keluasan itu daripada Jabatan Veterinar Selangor dengan perkara itu telah mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Ir. Izham Hashim.

Katanya, menerusi ladang itu membolehkan daging ternakan terutama lembu dapat dipasarkan dengan lebih murah susulan pengurangan kos pengeluaran makanan.

“Penternak ketika ini perlu membeli kos rumput napier tempatan dari luar dengan harga RM350 satu tan dan menrusi ladang itu dapat dikurangkan menjadi RM150 satu tan

“Justeru, harga jualan daging dapat dikurangkan kepaada RM30 hingga RM32 sekilogram (kg) berbanding RM36 manakala harga daging sejuk beku import RM20 kg pada waktu ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI