PETALING JAYA – Pelakon sensasi Zarina Anjoulie berang selepas mendakwa ada beberapa ‘budak hingusan’ cuba menjadikannya sebagai ‘sugar mummy’.
Menerusi hantaran yang dikongsikannya dalam InstaStory, Zarina atau mesra disapa Anju mendedahkan perkara tersebut selepas menerima mesej peribadi (DM) yang dihantar oleh beberapa remaja.
“Ada beberapa budak muda mesej Instagram Anju dengan harapan nak aku jadi sugar mummy? Like seriously?
“Beri gambar kau. Cakap nak kenal la, nak gatal la. Hello mak bapak engkau mana? Suruh dia tanggung kau yer dik. Aku bukan mak kau dan kau bukan anak aku nak aku tanggung,” kata pelakon drama Anak Pontianak itu.
Kata Anju lagi, dia tidak faham situasi mengapa anak muda zaman sekarang malas untuk bekerja dan mencari jalan mudah untuk hidup sedang.
Dalam hantaran itu juga, Anju menjelaskan bahawa dia tidak memerlukan kehadiran mana-mana lelaki dalam hidupnya sebagai peneman hidup.
“Aku tidak lapar jantan, aku gembira dengan hidup aku dengan keluarga dan hanya tiga sahaja lelaki yang berhak dapat duit aku iaitu ayah, adik dan anak aku. Itu sahaja,” jelasnya. – K! ONLINE