BANGKOK – Gangguan air masin di Sungai Chao Phraya akan meningkatkan kandungan sodium (garam) dalam air paip di Bangkok untuk sekurang-kurangnya enam hari mulai esok, kata Pihak Berkuasa Kerja Air Metropolitan MWA) hari ini.
Portal berita The Nation melaporkan Timbalan Gabenor MWA, Komkrit Dinakara Na Ayudhya sebagai berkata, agensinya sedang bekerjasama dengan Jabatan Saliran Bangkok untuk menghalang air masin daripada memasuki stesen pam air Sam Lae Raw.
““Orang ramai yang menghidap sakit jantung, buah pinggang, darah tinggi atau diabetes di samping warga emas, kanak-kanak dan haiwan peliharaan perlu mengelak minum air paip.
“Tindakan memasak air juga tidak akan membantu kerana ia akan menyebabkan garam menjadi lebih pekat,” katanya. – Agensi