PETALING JAYA – Prasarana Malaysia Berhad melalui inisiatif Rapid KL akan menambah 15 laluan baharu bagi pengguna bas perantara merah jambu bermula 18 Februari ini.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkannya, penambahan laluan itu ekoran sambutan menggalakkan daripada para pengguna.
“Antara laluan dan bas yang terlibat ialah, T180: Taman Datuk Senu – LRT Sentul; 822: LRT Bangsar – Bangsar Shopping Centre; T600: Stesen LRT IOI Puchong – Taman Wawasan; T781: Stesen LRT Kelana Jaya – Kelana Centre Point; T782: Stesen LRT Lembah Subang – Ara Damansara.
“Selain itu, T783: LRT Taman Bahagia – SS 6; T785: LRT Taman Paramount – Kg Baiduri; T786: LRT Asia Jaya – Universiti Mahsa; T787: Stesen LRT Asia Jaya – Sekysen 14 & 17; serta T791: Stesen LRT Kerinchi – Pantai Hill Park,” jelas kenyataan tersebut di sini hari ini.
Tambahnya, inisiatif ini adalah kesinambungan kepada projek perintis menggunakan bas berwarna merah jambu yang bermula pada 3 September tahun lalu di mana turut melibatkan penambahbaikan perkhidmatan Bas Perantara LRT di sepanjang 10 laluan yang menghubungkan pengguna ke Stesen LRT Gombak, Taman Melati, Sri Rampai, Wangsa Maju, Setiawangsa dan Datuk Keramat.
Jelasnya, maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas perantara itu bagi 15 laluan terbabit turut dikongsikan kepada orang ramai melalui saluran media sosial Rapid KL dan aplikasi perancang perjalanan PULSE Prasarana, yang boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. – K! ONLINE