fbpx

YouTuber cuba rakam aksi prank ditembak mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wilks ditembak mati ketika cuba melakukan prank terhadap sekumpulan lelaki di Nashville, Tennessee semalam. - TWITTER

NASHVILLE, Tennessee – Percubaan seorang YouTuber untuk merakam aksi pranknya memakan diri apabila dia ditembak mati, lapor akhbar The Washington Post.

Menurut kenyataan polis Nashville, Timothy Wilks, 20, ditembak mati oleh lelaki berusia 23 tahun iaitu David Starnes Jr. di hadapan pusat rekreasi Trampolin Udara Urban dan Taman Pengembaraan.

Wilks dan seorang rakannya yang belum dikenal pasti dilaporkan cuba melakukan prank dengan memegang pisau dan menghampiri Stanes Jr. dan kumpulannya.

Apabila pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.25 malam semalam, Starnes Jr. mengakui menembak Wilks dan berkata dia tidak tahu bahawa Wilks dan rakannya sedang melakukan prank.

Tiada pendakwaan difailkan terhadap Sternes Jr. walaupun pihak polis sedang menyiasat kes tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI