fbpx

Suntik botoks rawat sakit kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wallis mendakwa suntikan botoks itu menyebabkan sakit kepala serius yang dialami pulih sepenuhnya. - Daily Mail

LONDON – Seorang wanita mendakwa suntikan botoks di rahangnya sekali setiap tiga bulan memulihkan masalah sakit kepala dihadapinya, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Keira Wallis, 36, dari Guildford, Surrey memberitahu bahawa dia mula mengalami sakit kepala teruk sejak tiga tahun lalu akibat masalah tulang belakang.

Walls disahkan menghidap penyakit gangguan sendi rahang (TMD) yang menyebabkan sistem otot, tulang dan sendi berhenti berfungsi dengan sempurna sekali gus menyebabkan kesakitan serius pada muka.

Pada Disember 2018, dia mengunjungi Dr. Rekha Tailor di Hospital Mount Alvernia dan dinasihatkan untuk mengambil suntikan botoks bagi mengatasi masalah itu.

Suntikan botoks biasanya diambil bagi menegangkan muka dan menghilangkan kedutan wajah bagi tujuan kecantikan atau awet muda.

Prosedur yang menelan belanja £300 (RM1,677) itu hanya mengambil masa lima minit dan perubahan ketara dapat dirasakan hanya dalam tempoh seminggu.

“Buat pertama kali sejak tiga tahun lalu, saya tidak lagi sakit kepala.

“Saya tidak akan berhenti mengambil suntikan ini. Terima kasih botoks kerana menghilangkan rasa sakit dan membantu saya menikmati kehidupan semula,” katanya.

Sementara itu, Dr. Tailor berkata, terdapat peningkatan jumlah pesakit yang memilih suntikan botoks bagi merawat sakit kepala yang dialami mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI