fbpx

Sultan Johor perkenan benarkan solat fardu, Jumaat di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan membenarkan solat fardu, solat Jumaat serta aktiviti agama di kesemua 814 masjid dan 1,928 surau di seluruh negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 mulai esok.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, kebenaran itu adalah secara bersyarat sehingga tempoh yang akan ditentukan Majlis Agama Islam Negeri (MAINJ) mengikut pandangan dan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, sebanyak 216 surau di negeri ini dibenarkan bagi mengadakan solat Jumaat bagi memberi peluang kepada lebih ramai umat Islam di negeri ini menunaikan kewajipan itu.

“Seramai 40 jemaah solat fardu dan solat Jumaat dibenarkan yang digilirkan tidak termasuk pegawai masjid, surau dan ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid serta surau dengan mematuhi penjarakan fizikal.

“Bagi memastikan lebih ramai umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat, diperkenankan kebenaran sementara menunaikan solat Jumaat di 216 buah surau seluruh negeri, ini adalah tambahan surau yang dibenarkan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.

Tosrin berkata, aktiviti agama di yang dibenarkan di seluruh premis masjid dan surau melibatkan tazkir dan tahrim oleh pegawai masjid dan surau, program membudayakan al-Quran dan as-sunnah, program bacaan surah Yassin serta tahlil.

Katanya, ini termasuk bacaan surah al-Mulk dan surah al-Kahfi selain solat jenazah juga dibenarkan dengan kehadiran 40 jemaah termasuk pegawai masjid, surau dan ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid serta surau.

“Bagi aktiviti pengimarahan masjid dan surau seperti kuliah takmir masjid dan surau serta ceramah ditangguhkan tetapi aktiviti kuliah dan ceramah secara atas talian adalah digalakkan,” katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI