fbpx

Sebutan semula kes 2 Mac depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh seorang jurutera tapak pada 28 Oktober lalu di Mahkamah Majistret Sepang, di sini hari ini.

SEPANG – Mahkamah Majistret Sepang menetapkan 2 Mac depan untuk sebutan semula kes seorang jurutera tapak yang mayatnya ditemukan rentung di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kota Warisan, 28 Oktober tahun lalu.

Majistret, Ayuni Izzaty Sulaiman ketika dalam prosiding memberitahu tarikh sebutan baharu itu bagi mendapatkan laporan kimia, bedah siasat dan forensik.

Tertuduh, P. Vijayan 42, yang merupakan seorang ahli perniagaan diwakili peguam, Datuk Sheelan Arjunan.

Mengikut pertuduhan, P. Vijayan didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian , K. Seri Ganis Kanapathy Pillay, 42, di kawasan bersebelahan Jalan Airport City 2, Airport Business Centre Kota Warisan di dalam daerah Sepang antara pukul 2.38 pagi hingga 4.50 pagi pada 28 Oktober tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nasharina Nazlan.

Terdahulu, tertuduh yang memakai pakaian lokap hadir kira-kira pukul 8.45 pagi ke mahkamah diiringi polis.

Keluarga tertuduh turut hadir di mahkamah semasa prosiding berlangsung.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang penumpang kenderaan utiliti sukan (SUV) rentung selepas kenderaan dinaikinya terbakar di kawasan semak bersebelahan Jalan Airport City 2 dekat Kota Warisan.

Polis kemudiannya telah menahan tiga lelaki berusia 37, 42 dan 24 tahun bagi membantu siasatan ke atas kes mayat yang ditemukan rentung. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI