fbpx

Peniaga dikompaun, tidak sangka ada SJR di Jambatan Tendong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PASIR MAS – Seorang peniaga sayur terkedu apabila dia dikompaun RM1,000 selepas gagal mengemukakan surat kebenaran rentas daerah ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) yang diadakan secara mengejut di Jambatan Sultan Ismail Petra, Tendong atau lebih dikenali sebagai Jambatan Tendong di sini hari ini.

Lelaki berusia 27 tahun itu mengakui dia mengambil mudah dengan tidak memohon surat kebenaran rentas daerah daripada pihak polis.

Katanya, dia menerima kompaun itu dengan hati terbuka dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

Menurutnya, dia akan terus ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan permohonan surat merentas daerah.

“Laluan ini merupakan jalan utama saya untuk ke tempat kerja di pasar basah Pusat Tranfromasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu.

“Saya memilih laluan ini kerana tiada SJR sebelum ini, selain dekat dengan kawasan rumah di Bunut Susu,” katanya ketika ditemui pemberita di SJR selepas dikenakan kompaun.

Tambahnya, dia tidak menyangka polis mengadakan SJR di jambatan tersebut pada hari ini.

Lelaki itu berkata, dia akan cuba menyelesaikan bayaran kompaun itu mengikut tarikh yang telah ditetapkan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI