fbpx

MBI sediakan perkhidmatan kutip sampah pukal sempena Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBI menyediakan menyediakan perkhidmatan kutipan sampah pukul sempena sambutan Tahun Baru Cina selama seminggu sehingga Sabtu ini.

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menyediakan perkhidmatan kutipan sampah pukul sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ini bagi memudahkan orang ramai untuk membuat perancangan awal.

Kutipan sampah pukal hanya akan dilaksanakan di kawasan premis kediaman sahaja.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, perkhidmatan tersebut akan berjalan selama seminggu sehingga Sabtu ini.

Menurut beliau, penduduk boleh meletakkan sampah-sampah pukal yang hendak dibuang di hadapan laman rumah bagi memudahkan kerja-kerja untuk mengangkat sampah.

”Penduduk dimohon supaya meletakkan barangan pukal untuk dibuang di lokasi yang bersesuaian supaya tidak mendatangkan halangan dan kacau ganggu.

“Selain itu pihak MBI juga akan menyediakan perkhidmatan kutipan sampah kebun dan pukal dari premis kediaman mulai bulan April ini sebagai inisiatif kepada warga kota,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk itu MBI membeli sebanyak 14 lori terbuka dengan muatan lapan tan yang baru serta melantik seramai 14 pemandu dan 56 orang petugas bagi menjalankan kerja-kerja kutipan ini

Selain itu, pihak MBI juga akan memperuntukkan sebanyak RM3 juta sebagai permulaan bagi meningkatkan tahap infrastruktur dan kemudahan di medan selera dan pasar awam milik MBI di sekitar bandar ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI