fbpx

Maqis rampas hampir 5 tan aiskrim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis merampas hampir lima tan aiskrim yang dibawa masuk ke negara ini menggunakan lori kontena dari Thailand.

PADANG BESAR – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perlis merampas aiskrim seberat 4,838.4 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM33,346 di Unit Kargo Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar di sini pada Jumaat lalu.

Rampasan itu dibuat selepas mendapati aiskrim tersebut dibawa masuk dari Thailand dengan dokumen sijil kesihatan dari negara pengeksport yang tidak tepat dan mengelirukan.

Pengarah Maqis negeri, Mohamad Arshad Raffin berkata, aiskrim yang dibawa dari negara jiran tersebut dirampas selepas pihaknya melakukan pemeriksaan rutin terhadap sebuah lori kontena kira-kira pukul 3.15 petang.

Katanya, dagangan tersebut ditahan untuk tindakan lanjut kerana dipercayai mengemukakan dokumen sijil kesihatan dari negara pengeksport yang tidak tepat dan mengelirukan.

“Perbuatan mengimport barang dagangan dengan mengemukakan dokumen mengelirukan akan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI