fbpx

Impian Soniia ke Olimpik kelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONIIA sudah menanti lapan tahun untuk beraksi pada Olimpik dan akan memberikan segala-galanya pada saingan Kumpulan A hari ini.

PEMAIN perseorangan wanita No.1 negara, Soniia Cheah me­ngakui sedih dengan keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggugurkan namanya daripada skuad kebangsaan.

Soniia antara lima pemain senior yang digugurkan badan induk sukan badminton negara itu selepas menampilkan aksi kurang meyakinkan pada Sirkit Asia di Bangkok bulan lalu.

Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka biarpun perlu berdepan laluan berliku dalam usaha memburu tempat ke Sukan Olimpik Tokyo tahun ini.

“Memang benar (digugurkan daripada BAM) dan saya akui ia bukanlah berita baik kerana saya kini sedang berusaha untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik.

“Dalam situasi pandemik sekarang, semua orang tahu bukan mudah untuk mencari penaja bagi membolehkan saya menyertai setiap kejohanan. Saya akan bergerak secara profesional selepas ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Meskipun kecewa dengan situasi tersebut, namun pemenang pingat perak Sukan SEA 2017 itu mahu bergerak ke hadapan selain fokus melakukan persiapan untuk menghadapi kejohanan akan datang.

Ketika ditanya sama ada akan menyertai kejohanan Terbuka Switzerland yang menawarkan mata ke Olimpik bermula 2 hingga 7 Mac depan, Soniia berkata, dia belum pasti selepas pengguguran itu.

“Saya akan cuba cari penaja dengan kadar segera kerana Olimpik masih jadi matlamat utama. Berhubung Terbuka Switzerland, belum pasti akan pergi atau tidak kerana masa sudah suntuk untuk saya mendapatkan penaja,” ujarnya lagi.

Terdahulu, BAM mengambil keputusan menggugurkan Soniia, Goh Soon Huat, Shevon Lai, Lai Pei Jing dan Vivian Hoo selepas membuat penilaian terhadap prestasi kesemua mereka pada aksi yang berlangsung di Bangkok sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI