fbpx

Hubungan intim ikat bahagia Sam, Tilla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHEZY SAM dan Syatilla Melvin.

PETALING JAYA – Pasangan selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendedahkan walaupun sudah berkahwin selama lima tahun, mereka tidak pernah sekali pun pergi berbulan madu sebagaimana lazim dilakukan pasangan suami isteri lain. 

Sam dan Syatilla bagaimapun percaya, hubungan intim dalam perhubungan suami isteri ialah faktor yang sangat penting dalam memastikan kebahagiaan setiap pasangan dalam sesebuah rumah tangga. 

“Sejak bergelar suami isteri, kami memang tidak pernah honeymoon (berbulan madu). 

“Sebenarnya, mengikut perancangan awal, kalau tidak disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini (8 Februari) iaitu tarikh ulang tahun perkahwinan, kami nak pergi berbulan madu di suatu tempat namun terpaksa dibatalkan,” kata Syatilla atau nama sebenarnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, kepada Kosmo! Online. 

Sementara itu, Sam berkata, dia dan isteri sentiasa mencari ruang untuk menjadikan hubungan intim antara mereka sama seperti hari pertama perkahwinan. 

“Hubungan intim itu penting antara suami isteri. Penting untuk rasa ‘keseronokan’ itu dalam hubungan rumah tangga,” kata aktor filem Polis Evo itu.

Syatilla menambah: “Tak pernah sehari pun dalam tempoh perkahwinan, saya tidak ucapkan ‘I love you’ kepada Sam. Saya percaya, penting untuk merasakan hari-hari seperti hari pertama perkahwinan.” 

Sam dan Syatilla bernikah pada Februari 20 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy, 2.

Tahun ini, pasangan itu menyambut ulang tahun perkahwinan kelima secara maya bersama peminat yang diadakan menerusi laman YouTube SamTillaTV. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI