fbpx

Dua dalang sindiket dadah kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DADAH yang dirampas daripada empat lelaki termasuk dalang sindiket pengedaran dadah baru-baru ini.

SHAH ALAM – Dua dalang dari satu sindiket pengedaran dadah tidak sempat memperolehi bekalan dadah apabila dicekup dalam tiga serbuan berasingan, baru-baru ini.

Dalam serbuan bermula pukul 4 petang pada Rabu lalu dilakukan di Puchong Jaya dan Kuchai serta Cheras di Kuala Lumpur turut menahan dua lagi lelaki warga asing yang mempunyai status taraf pemastautin tetap yang bertindak sebagai runner. Kesemua ditangkap berusia 44 hingga 60 tahun.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati penghantar tersebut membawa dadah jenis syabu seberat 13.39 kilogram (kg) dalam 13 bungkusan teh cina, Tie Guan Yin dan 13 bungkusan pil estacy daripada sebuah negara jiran di utara Semenanjung Malaysia selain 10 peket plastik heroin seberat 4.4kg.

Katanya, sindiket dipercayai telah beroperasi sejak November tahun lalu untuk pasaran di sekitar Lembah klang.

“Hasil siasatan turut mendapati dua dalang warga tempatan itu tidak mengenal antara satu sama lain dan namun berurusan dengan pembekal dadah yang sama daripada sindiket berpusat di luar negara.

“Kesemua suspek ditangkap di kawasan tempat letak kereta di Puchong Jaya dan sebuah rumah di Kuchai,” katanya pada sidang akhbar secara maya di sini hari ini.

Menurut beliau, nilai rampasan dadah dianggarkan RM900,750 serta turut menyita dua buah kenderaan buah kereta jenis Proton Waja dan Toyota Altis bernilai RM91,000.

Ujar Arjunaidi, kesemua bekalan dadah itu mampu menampung seramai 49,000 penagih dadah.

“Ujian air kencing mendapati dua dalang itu positif syabu dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dalam mengesan rangkaian sindiket pengedaran itu dan kesemua suspek kini direman sehingga 10 Februari ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Dalam perkembangan sama ketika ditanya mengenai kekerapan penggunaan bungkusan teh cina, Tie Guan Yin, Arjunaidi menjelaskan bungkusan itu berasal dari luar negara dengan mempunyai tiga warna berlainan iaitu emas, hijau dan kuning. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN