fbpx

Dituduh guna duit haram, Ziha Salleh tenang jawab tuduhan Diva AA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ziha

PETALING JAYA – “Maafkan saya sekiranya ada salah saya dekat awak (Azwan), walaupun saya tak kenal awak personally.”

Itu antara respons balas yang diberikan penyanyi dan juga pelakon, Ziha Salleh terhadap Azwan Ali selepas pengacara sensasi itu menuduhnya mengggunakan wang haram untuk hidup mewah.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md. Salleh, 26, turut memuat naik tangkap layar yang dikeluarkan Azwan dalam Twitter dan menjelaskan apa yang diperoleh hari ini adalah rezeki daripada Allah.

 

Tangkap layar ciapan yang dimuat naik Diva AA dalam Twitternya.

“Rezeki yang Allah SWT beri semuanya dah tertulis. Baik rezeki kesihatan mahupun rezeki dikelilingi orang yang baik-baik. Saya bersyukur seadanya.

“Kami suami isteri berusaha sebaik mungkin untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga kami. Apa yang kami peroleh, adalah daripada restu dan doa kedua-duan ibu bapa kami,” katanya.

Ujar bekas peserta Akademi Fantasia 2014 itu, disebabkan didikan dan dorongan keluarga, dia dan juga suami, Zarul Hafis Zarak Kamal terus berusaha dalam apa jua kerjaya yang dilakukan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan harian kita,” ujar pelakon drama Dia Semanis Honey itu.

Terdahulu, Azwan menerusi Twitternya seakan mempersoalkan kewujudan Ziha dalam industri dan memerli selebriti itu sengaja menunjukkan kemewahannya yang didakwa diperoleh menggunakan wang haram.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa rakan dalam kalangan selebriti tampil memberikan sokongan terhadap Ziha supaya bersabar antaranya Shima Anuar, Ika Nabella, Elvina Mohamed dan Feeya Iskandar.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI