fbpx

Arteta selar prestasi pemain sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAJAT Arsenal untuk menebus kekalahan lalu tidak kesampaian apabila mereka sekali lagi tewas kepada Villa 1-0 di Villa Park kelmarin. - AFP

BIRMINGHAM – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengkritik pemainnya sendiri sambil menyifatkan pasukan yang berhajat untuk berada di kelompok empat teratas tidak sepatutnya membuat kesilapan.

Hasrat The Gunners untuk menebus kekalahan pada pertemuan terdahulu tidak terlaksana apabila tewas 0-1 kepada Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park malam kelmarin.

Penyerang Villa, Ollie Watkins menjaringkan gol tunggal perlawanan itu seawal minit kedua untuk memastikan tuan rumah meraih mata penuh.

Meskipun gembira dengan aksi keseluruhan, namun pengendali dari Sepanyol itu me­negaskan, beliau kecewa dengan kerapuhan benteng pertahanan yang menyebabkan mereka tewas.

“Apabila anda lakukan kesilapan, sudah tentu anda akan dibolosi lebih awal dan itulah yang berlaku kepada kami hari ini (kelmarin). Kami juga sudah lakukan yang terbaik untuk bangkit.

“Selain itu, pasukan lain jarang melakukan kesilapan sehingga terpaksa beraksi dengan 10 pemain dalam beberapa perlawanan. Kami perlu ubah sikap itu,” kata Arteta.

Tambah beliau, Arsenal perlu menunjukkan sentuhan lebih tajam di hadapan gol sekiranya mahu kembali ke prestasi terbaik memandangkan penyudah mereka kurang memuaskan.

“Memang kami dominasi permainan tetapi penyudah masih belum tajam. Apabila anda memberi lebih banyak peluang kepada pasukan lawan, anda tidak akan memenangi perlawanan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI