fbpx

16 Mac sebutan baharu kes Da’i Syed di Mahkamah Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebutan semula kes pendakwah selebriti Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atas pertuduhan merogol seorang wanita yang sepatutnya berlangsung di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 25 Januari lalu ditunda kepada Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan peguamnya Syed Amirul Syed Edrose ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Syed Amirul, sebutan semula kes itu telah ditetapkan oleh mahkamah pada 16 Mac ini, dan tarikh baharu itu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 13 Januari lalu.

“Tarikh itu dimaklumkan oleh mahkamah melalui panggilan telefon. Bagaimanapun sebutan semula kes bagi dua lagi pertuduhan di Mahkamah Petaling Jaya yang dijadualkan pada 19 Februari ini, setakat ini masih lagi dikekalkan,” katanya.

Pada 10 Disember tahun lalu, Syed Shah Iqmal, 26,  mengaku tidak bersalah  di tiga mahkamah berasingan atas pertuduhan melakukan seks oral, mencabul dan merogol dua wanita pada September dan Oktober dua tahun lalu.

Di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang wanita yang juga penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Damansara Perdana antara pukul 3 pagi hingga 4 pagi pada 17 Oktober 2020 dan pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pendakwah tersebut didakwa atas pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di tempat, waktu dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan ketiga di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia

23 tahun yang juga penganggur di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini, pukul 11.35 malam pada 11

September 2019 lalu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI