fbpx

[VIDEO]Tular pekerja mogok, baling barang pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video memaparkan seorang pekerja J&T Express membaling barang pelanggan sebagai tanda mogok.

PETALING JAYA- Satu video di aplikasi Tiktok tular memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier, J&T Express mogok di sebuah gudang barangan yang tidak diketahui lokasinya.

Difahamkan, mereka mogok akibat masalah gaji.

Video berdurasi 15 saat itu menunjukkan seorang pekerja membaling barangan pelanggan. Turut kedengaran beberapa pekerja yang berteriak menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan syarikat.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh J&T Express.

Rata-rata netizen menyatakan mereka tidak mempunyai masalah sekiranya pekerja ingin mogok namun tidak bersetuju dengan tindakan membaling barangan kerana ia membawa masalah kepada penjual serta menganiaya pelanggan yang tidak bersalah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI