fbpx

[VIDEO] Tujuh pekerja J&T Perak lempar barang mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan dan video dimuatnaik di Facebook J&T Express Malaysia - Perak yang memohon maaf kepada pelanggan mereka selepas bertindak membaling barangan seperti tular di media sosial sejak semalam.

IPOH – Tujuh pekerja syarikat kurier J&T Express Perak hari ini membuat permohonan maaf berikutan satu rakaman video yang tular menunjukkan barangan pelanggan mereka dicampak di salah satu gudang mereka sejak semalam.

Dalam video berdurasi 57 saat yang dimuat naik melalui Facebook J&T Express Malaysia – Perak, salah seorang daripada mereka menafikan terdapat isu dalaman mereka dengan pihak J&T Express atau masalah pemotongan gaji.

“Kebelakangan ini tular satu video di media sosial tentang pekerja tidak mengikut SOP (prosedur operasi standard) dan mencampak barang pelanggan.

“Kami ingin memohon maaf dan menjelaskan bahawa tiada isu dalaman atau potongan gaji antara syarikat dan pekerja J&T Express Perak,” katanya.

Menurutnya, mereka juga tidak melakukan tindakan mogok seperti dakwaan yang tular.

“Kami sekali lagi ingin memohon maaf kerana menjejaskan nama pihak syarikat dan menjejaskan barang-barang rakyat Malaysia.

“Kami sedaya-upaya akan hantar barangan pelanggan secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, J&T Express Malaysia Perak dalam kenyataannya meminta maaf atas sikap pekerja mereka dalam mengagihkan bungkusan dengan ganas dan tidak menyenangkan.

“Pihak J&T Express akan menyediakan lebih banyak latihan kepada para pekerja kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.

“Disamping itu, pihak J&T Express juga ingin menjelaskan tiada pekerja yang mogok mengenai komisen. Segala yang berlaku adalah salah faham semata-mata,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI