fbpx

Makan besar dibenarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Makan Besar Keluarga sempena Tahun Baru Cina pada 11 Februari depan dibenarkan dengan tidak melebihi 15 orang ahli keluarga terdekat yang tinggal dalam zon lingkungan 10 kilometer radius tanpa rentas daerah dan negeri.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN), perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

KPN berkata, mesyuarat juga bersetuju membenarkan aktiviti keagamaan di rumah ibadat pada 11, 12 dan 19 Februari depan dengan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ketat.

Menurutnya, SOP itu antara lain mengehadkan bilangan kehadiran penganut di rumah ibadat tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa dengan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Tempoh waktu sembahyang adalah selama 30 minit dan diselangi dengan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum waktu sembahyang yang berikutnya.

“Jadual waktu sembahyang bermula dari pukul 6 pagi hingga 2 petang sahaja dan aktiviti sembahyang pada 19 Februari depan dibenarkan di halaman rumah masing-masing pada waktu malam mengikut tradisi perayaan Tahun Baru Cina bagi ‘Hokkien Clan’,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI