fbpx

Sebahagian akses internet di Myanmar kembali pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunjuk perasaan berarak semasa demonstrasi menentang rampasan kuasa tentera di Yangon. - AFP

NAYPYITAW, Myanmar – Sebahagian daripada akses internet di Myanmar telah dipulihkan oleh pihak tentera, demikian menurut laporan organisasi pengawasan internet antarabangsa, NetBlocks, hari ini.

“Sebahagian daripada sambungan internet disahkan telah pulih di Myanmar sejak pukul  2 petang (waktu tempatan) di beberapa penyedia kemudahan tersebut berikutan terdapat aktiviti pemadaman maklumat,” tulis NetBlocks di Twitter.

Namun begitu, Netblocks mengatakan bahawa penggunaan platform media sosial masih tidak boleh diakses setakat petang Ahad.

Walau bagaimanapun, pelanggan telefon bimbit yang menggunakan perkhidmatan dengan MPT, Ooredoo, Telenor dan Mytel kini dapat mengakses data internet mudah alih dan Wi-Fi, , lapor agensi berita AFP.

Pada awal pagi Ahad, Netblocks mendedahkan jaringan internet di Myanmar berada di tahap 14 peratus berbanding kebiasaan. 

Terdahulu, pihak tentera telah menyekat semua akses internet di Myanmar bermula petang Sabtu selepas menahan Kaunselor, Aung San Suu Kyi, Presiden Myanmar, U Win Myin dan pegawai kanan dari Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), awal minggu lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI