fbpx

Orang Asli tidak ikut SOP turut dikompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli tidak terkecuali dikenakan kompaun sekiranya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kebanyakan Orang Asli dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka, tidak mencatat nama dan menggunakan aplikasi MySejahtera ketika berurusan di premis.

Katanya, kompaun diberikan tidak mengira sesiapa bagi individu yang melanggar SOP.

Ujar Choon Foo, sehubungan dengan itu, sebanyak 152 kompaun membabitkan nilai RM152,000 telah dikeluarkan sehingga semalam kerana melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di daerah ini.

“Kita tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam operasi penguatkuasaan bagi menahan dan mengeluarkan kompaun terhadap individu yang ingkar.

“Kami sedia maklum mengenai penularan Covid-19 dan sentiasa berusaha menguatkuasakan segala perintah yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pemantauan pematuhan SOP PKP di pasar borong dan Pasar Besar Gua Musang di Bandar Baru di sini hari ini.

Selain polis, agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut menyertai operasi itu.

Mengulas lanjut, Choon Foo berkata, selain itu, pihaknya juga membuat lima tangkapan melibatkan warga asing yang melanggar syarat PKP.

Katanya, sehingga semalam, sebanyak 4,445 permit rentas daerah dan negeri telah dikeluarkan bagi daerah ini.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI