AKTRES jelita Angelina Jolie mengakui telah melalui kehidupan sukar selepas berpisah dengan suaminya, Brad Pitt pada 2016.
Menurut laporan Vogue, pelakon filem Maleficent itu menjelaskan, sepanjang lima tahun bergelar ibu tunggal, dia telah berdepan dengan pelbagai masalah yang mencabar.
“Saya mahu fokus membantu keluarga dan perlahan-lahan melupakan kepedihan perceraian. Anak-anak jadi penguat semangat dan pendorong agar saya tidak melakukan sebarang tindakan bodoh,” ujarnya.
Angelina sebelum ini mendedahkan, dia mengambil keputusan berpisah dengan Brad Pitt demi masa depan anak-anak yang terdiri daripada tiga anak kandung dan tiga anak angkat.