fbpx

Impian besar si gadis Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIZAITEY bercita-cita menjadi peragawati profesional suatu hari nanti.

Anak Orang Asli, Hizai­tey Asra Anak Hadi, 16, memendam cita-cita besar untuk bergelar peragawati profesional suatu hari nanti.

Biarpun masih di bangku sekolah, anak jati Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Banting di Selangor itu sudah membuat pe­rancangan mengenai profesion tersebut.

Misi utama remaja suku Temuan itu adalah bagi membuktikan golongan minoriti tersebut juga mampu berjaya dalam dunia peragaan.

Bagi mengorak langkah menggapai cita-citanya itu, Hizaitey menyertai Pertandingan Pakaian Tradisional Orang Asli secara online yang dianjurkan pada bulan lalu.

Keputusan pertandingan anjuran Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Orang Asal perak (PKKOAP) itu akan diketahui pada 28 Februari ini.

Ikuti temu bual wartawan Kos­mo! Ahad bersama Hizaitey bagi mengetahui lebih lanjut mengenai gadis genit itu:

Kosmo! Ahad: Bagaimana mengetahui mengenai Pertan­dingan Pakaian Tradi­sional Orang Asli Online?
Hizaitney: Kakak saya, dia memberi sokongan dan membantu saya dalam menyertai pertandi­ngan ini.

Mengapa memilih menyertai pertandingan ini?
Saya mahu mencabar kemampuan diri dan mempersembahkan pakaian tradisional Orang Asli kepada masyarakat umum.

Bagaimana dengan soko­ngan ibu bapa?
Mereka bertungkus lumus menyediakan anyaman untuk dipakai oleh saya. Guru sekolah iaitu Cikgu Rohaizat dan adiknya pula mera­kam gambar saya bagi menyertai pertandingan ini.

Adakah kamu bercita-cita menjadi peragawati terkenal?
Ya. itu memang cita-cita saya. Jika ada rezeki saya mahu membuktikan masyarakat Orang Asli juga mampu bergelar peragawati.

Bagaimana pula dengan pelajaran?
Walaupun bercita-cita untuk menjadi model, saya tetap fokus dalam bidang akademik dan mahu melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading. Saya mahu menjadi peragawati yang berilmu.

Pengalaman kamu me­­ngikuti pembelajaran secara online?
Saya akui memang tidak mudah, kadangkala tiada ta­lian internet dan perlu ber­kongsi tele­fon bimbit dengan dua adik. Saya rindu untuk kembali ke sekolah berjumpa de­ngan kawan-ka­wan dan guru.

Mengenai ma­sa­­lah sosial dalam ka­langan remaja, apa pendapat kamu?
Apa yang boleh saya kata hindari perkara yang tidak baik. Sebagai remaja kita perlu berhati-hari memilih kawan dan mende­ngar nasihat ibu bapa.

Harapan un­tuk ma­syarakat Orang Asli?
Saya berharap anak-anak masyarakat Orang Asli termasuk saya akan berjaya dalam kehidupan dan buktikan kami juga mampu dan beroleh kejayaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI