fbpx

APM panjat sengkuap selamatkan tiga ekor kucing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM menyelamat kucing yang berada di sengkuap.

ALOR GAJAH – Angkatan Pertahanan Awam (APM) mengambil masa 45 minit untuk menyelamatkan tiga ekor kucing yang terperangkap pada sengkuap di Apartment Taman Dimensi, di sini, semalan.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PPAD), Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, panggilan kecemasan diterima daripada pemilik kucing pada pukul 11. 04 pagi.

Katanya, sepasukan l anggota Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah telah dikejarkan ke lokasi dan tiba 11 minit kemudian.

“Pasukan PDPA mengambil masa kira-kira 45 untuk menyelamatkan ketiga-tiga kucing yang terperangkap di dua sengkuap di apartment tersebut.

“Ketiga-tiga kucing itu dengan anggaran berat kira-kira 500 gram setiap ekor berjaya diserahkan semula kepada pemilik dalam keadaan selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Prebet (PA) Ahmad Arshad Rozman, 22, berkata, pasukannya berdepan dengan cabaran apabila seekor kucing didapati terperangkap di sengkuap di tingkat tiga.

“Pada awalnya kami menyelamatkan dua ekor kucing yang dilaporkan pemiliknya telah terperangkap di atas sengkuap di tingkat pertama pangsapuri itu.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan di sengkuap tingkat ketiga, terdapat seekor lagi yang terperangkap, jadi saya terpaksa memanjat bumbung menggunakan tali keselamatan yang diikat pada badan untuk mengambil kucing tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Arshad berkata, misi penyelamatan kucing menuntut kesabaran yang tinggi kerana haiwan itu mempunyai emosi yang sukar diramal dan perlu dipujuk terlebih dahulu.

“Difahamkan kucing itu disedari hilang sejak beberapa hari lalu, jadi pasukan kami tumpang gembira apabila kesemua kucing berjaya diserahkan semula kepada pemiliknya,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI