fbpx

Amyra, Amar ditegur kerana membazir kek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR ketika sambutan hari lahir anak kedua Amyra dan Amar, Ayra Aryssa mendapat perhatian peminat kerana aksi anak mereka membazir kek.

Baru-baru ini, anak kedua pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa baru sahaja meraikan ulang tahun pertama.

Momen bahagia berkenaan dikongsi Amyra dalam Instagramnya yang menunjukkan mereka mengadakan sambutan secara kecil-kecilan untuk Ayra.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat reaksi negatif daripada netizen kerana berpendapat keluarga itu tidak menghargai rezeki yang dikurniakan Tuhan.

Semuanya tercetus gara-gara aksi dua anak mereka menghancurkan kek hari jadi.

Menurut warga maya, aksi sebegitu tidak sepatutnya dilakukan memandangkan ramai lagi rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli sebiji kek.

Malah, mereka juga berpendapat tindakan menghancurkan sebiji kek sebagai satu pembaziran dan tidak sepatutnya dimuat naik dalam media sosial.

“Sayangnya kek. Teringat semalam terbaca berita seorang ibu cari makanan dalam tong sampah.

“Itukan rezeki. Tolonglah ajar anak dari kecil untuk mensyukuri rezeki, musim sekarang ramai ibu bapa berusaha cari rezeki demi sesuap nasi untuk anak,” komen netizen.

Bagaimanapun, pembuat kek tersebut tampil menjelaskan keadaan bahawa kek berkenaan hanyalah hiasan semata-mata.

“Suku daripadanya ialah kek dan selebihnya pula ‘dummy’ (hiasan) dan krim. Maaf jika ada yang terasa,” katanya.

Bagus juga tindakan pembuat kek berkenaan yang tampil menjelaskan keadaan. Harapnya semua jelas ya.

DIVA: Banyak komen penonton yang mengkritik lakonan Janna Nick dan Dini Schatzmann membosankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI