fbpx

6,093 pekerja asing disahkan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 6,093 daripada 312,623 pekerja asing yang telah menjalani ujian saringan wajib sejak 1 Disember 2020 disahkan positif jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semalam seramai 7,003 pekerja asing menjalani ujian itu dan 28 disahkan positif wabak itu.

“Sehingga kini, sebanyak 1,268 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini.

“Kerajaan mewajibkan majikan memastikan pekerja mereka menjalani ujian saringan dan kos ditanggung oleh majikan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri memaklumkan, seramai 789 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan kerajaan semalam.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 764 dikenakan tindakan kompaun, 21 individu ditahan reman, manakala empat lagi dijamin.

Kata beliau, antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (191), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (160) dan tiada penjarakan fizikal (110).

Tambah beliau, kesalahan lain adalah gagal menyediakan peralatan merekod diri/pelanggan (128), premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran (41), keluar rumah tanpa alasan munasabah (23) dan lain-lain (136). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI