SELEPAS setahun program kegemaran ramai terbitan KBS, Happy Together menamatkan siarannya, dikhabarkan bahawa pengacara terkenal Yoo Jae-suk kekal dipilih menjadi hos bagi rancangan tersebut.
Sedikit kelainan yang ditampilkan, program tersebut ditukar judul kepada Happy Together Come Back Home dan dijadualkan mula menemui penonton Mac depan.
Lebih menarik, pelakon Jo Byeong-gyu turut digandingkan sebagai pasangan hos bersama Jae-suk.
Difahamkan, Happy Together Come Back Home merupakan sebuah rancangan memaparkan artis undangan terlibat akan memasuki kawasan perkampungan selebriti dan merungkai memori serta kenangan di sebalik kampung tersebut.
Menurut sumber, program yang dinanti-nantikan berkenaan masih lagi dalam peringkat produksi dan akan disiarkan selewat-lewatnya Mac depan.