fbpx

Vaksin Pfizer turunkan kes Covid-19 di Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LONDON – Kes Covid-19 mula menunjukkan penurunan di Israel setelah Tel Aviv  memberikan dos kedua vaksin keluaran Pfizer kepada rakyatnya, lapor akhbar Daily Mail.

Tel Aviv mula memberikan dos kedua keapda rakyatnya pada 10 Januari lalu dan penurunan ketara dapat dilihat dalam kelompok golongan tua dan muda.

Kadar harian bagi pesakit berusia 60 tahun ke atas menurun 46 peratus berbanding waktu puncak pada pertengahan bulan lalu.

Penurunan juga dicatat bagi golongan 60 tahun ke bawah, menurut kajian Institut Weizmann Tel Aviv.

Sehingga Khamis lalu, sebanyak 76 peratus golongan berusia 60 tahun ke atas telah menerima suntikan kedua vaksin Pfizer.

Kadar kemasukan ke hospital turut mencatat penurunan sebanyak 35 peratus berbanding tengah bulan lalu, sementara golongan muda berada di paras sama. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI