fbpx

Thomas galas harapan Ineos Grenadiers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THOMAS akan membawa cabaran pasukan Ineos Grenadiers memburu kejuaraan pada Tour de France musim ini. – AFP

LONDON – Pasukan Ineos Grenadiers meletakkan harapan tinggi terhadap jaguh berbasikal veteran, Geraint Tho­mas untuk muncul juara saingan perlumbaan berprestij, Tour de France musim ini.

Pengurus pasukan Ineos, Sir Dave Brailsford mengesahkan bahawa Thomas yang berusia 35 tahun diberikan peranan sebagai kapten sekali gus menjadi sandaran utama skuad berbasikal dari Britain itu pada tahun ini.

Kata Brailsford, anak buah­nya cukup bermotivasi dalam usaha merangkul kejuaraan Tour de France buat kali kedua peribadinya selepas muncul juara pada edisi 2018.

“Kami sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh Thomas sepanjang mewakili pasukan dan saya lihat semangatnya semakin membara untuk muncul juara meskipun usianya telah me­ningkat.

“Jika dia berjaya mencapai sasaran yang telah diletakkan oleh pasukan pada tahun ini, mungkin kami akan menawarkan kontrak lanjutan lebih panjang untuknya sehingga dia memilih untuk bersara bersama pasukan,” kata Brailsford.

Jika Thomas berjaya mendapat kontrak baharu bersama Ineos, dia bakal memecahkan tradisi pasukan itu dalam memberi lanjutan kontrak kepada pelumba berusia kerana sebelum ini mereka tidak memberi tawaran buat pelumba berpe­ngaruh, Chris Froom yang berusia 35 tahun musim lalu.

Thomas akan digandingkan dengan pelumba muda, Tao Geoghegan Hart yang mencipta kejutan menjuarai siri jelajah Giro d’Italia tahun lalu pada saingan kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI