fbpx

Spurs ‘mati akal’ tanpa kelibat Kane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS merekodkan kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas 0-1 kepada Chelsea pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Bekas bintang England dan Manchester United, Rio Ferdinand mengkritik Jose Mourinho dengan mendakwa pengurus Tottenham Hotspur itu ‘mati akal’ apabila terpaksa beraksi tanpa kehadiran penye­rang utama, Harry Kane.

Ia terbukti apabila Spurs tewas 0-1 kepada Chelsea di laman sendiri awal pagi semalam sekali gus mencatat kekalahan ketiga berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas terdahulu dikecewakan Brighton 0-1 dan Liverpool 1-3 baru-baru ini.

Lebih mengecewakan apabila Mourinho, 58, gagal me­rencana taktikal terbaik apabila skuad bimbingannya lebih banyak bertahan menahan asakan bertali arus daripada Chelsea yang turut memiliki 58 peratus penguasaan permainan.

“Spurs tiada personaliti apabila Kane tidak bermain. Tiada keyakinan dan semangat ke­pimpinan kerana tiada sesiapa tampil untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Ini adalah kali kedua Spurs bermain dengan sangat buruk kerana minggu lalu mereka membenarkan Brighton bermain seolah-olah sedang bersaing merebut slot terakhir ke pentas Liga Juara-Juara.

“Situasi ini sangat membimbangkan buat pasukan besar seperti Spurs,” kata Ferdinand.

Kenyataan itu turut disokong Jermaine Jenas yang pernah menyarung jersi Spurs apabila menyifatkan bekas kelabnya tidak mempunyai penyerang lain mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Kane. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI