fbpx

Mangsa banjir menurun di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak polis Serian menghulurkan bantuan dalam operasi menyelamat mangsa banjir di Serian.

KUCHING – Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun daripada 1,056 orang kepada 934 orang petang semalam.

Mereka terdiri daripada 313 keluarga yang terjejas dalam gelombang banjir ketiga yang melanda Sarawak sejak Selasa lalu.

Kesemua mereka ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di Samarahan dan Serian.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Mejar Ismail Mahedin berkata, Serian mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu seramai 701 orang daripada 234 keluarga.

“Kesemua mangsa ditempatkan di sembilan PPS di Serian iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tebakang, Dewan Kampung Slabi Entukuh, Dewan Buk Janjun, SK Tanah Puteh, Dewan Masyarakat Serian, Dewan Kampung Rimba Padi, SK St. Patricks Tangga, Balai Raya Babuk Bandar Ranchan dan Dewan Serbaguna Ranchan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai situasi banjir di Samarahan, Ismail memberitahu, bahawa terdapat empat PPS di Simunjan yang menempatkan 218 mangsa daripada 74 keluarga.

Satu PPS dibuka di Samarahan yang menempatkan 15 mangsa daripada lima keluarga.

Ismail turut mengumumkan bahawa tiga PPS telah ditutup setakat pukul 2 petang tadi iaitu Dewan Sukan Tatau di Bintulu serta Dewan Kampung Lintang Baru dan Balai Raya Betong Kanowit di Serian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI