fbpx

Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu pikap mabuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang penunggang maut selepas motosikalnya dirempuh dipercayai dipandu pemandu mabuk di Bulatan Jalan Persiaran Lestari Perdana, Seri Kembangan, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 9.28 malam itu, mangsa hanya dikenali sebagai Amirul, 22, berasal dari Seri Kembangan itu maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, siasatan polis mendapati pemandu Toyota Hilux berusia 51 tahun yang dalam perjalanan dari arah Puchong didapati tidak memberhentikan kenderaannya sebaik tiba di bulatan terbabit.

“Suspek dipercayai terus melanggar motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa yang ketika itu sedang bergerak di bulatan dan dalam perjalanan ke arah Seri Kembangan.

“Pemandu Toyota Hilux kemudian tidak memberhentikan kenderaan selepas melanggar mangsa dan terus memecut untuk melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Azman, beberapa pengguna jalan raya lain yang melihat kejadian itu terus mengejar kenderaan suspek.

Difahamkan, beberapa penunggang motosikal mengejar kenderaan suspek sehingga ke Lebuhraya Bukit Jalil berhampiran bangunan SIRIM yang berada di bawah bidang kuasa JSPT Kuala Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI