fbpx

Kisona buru kelompok 30 terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISONA

PEMAIN badminton perseorangan wanita negara, S. Kisona memandang dari sudut positif namanya yang tidak tersenarai beraksi pada Terbuka Switzerland di Basel dari 2 hingga 7 Mac depan.

Kisona, 23, menjelaskan, situasi itu memberikan lebih banyak masa untuk dirinya memperbaiki kelemahan dan meningkatkan tahap permainan sebelum menghadapi kejohanan seterusnya seperti Terbuka Poland di Gniezno dari 25 hingga 28 Mac depan.

“Saya tidak bermain di (Terbuka) Switzerland, Soniia (Cheah) yang pergi. Ranking saya ketika ini belum layak, cuma sekarang baru naik ke No. 62 (dunia).

“Sedih juga tetapi saya tidak boleh buat apa-apa, cuma saya ada lebih masa berlatih untuk kejohanan lain iaitu Terbuka Poland. Namun, ia juga belum pasti takut ada perubahan saat-saat akhir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sebagai rekod, Terbuka Switzerland adalah kejohanan bertaraf Siri Jelajah Dunia Super 300 dan merupakan kejohanan pertama yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun.

Begitupun, pemenang pingat emas perseorangan wanita Sukan SEA Manila 2019 itu tidak patah semangat kerana masih tidak menutup peluangnya untuk memburu sasaran utama iaitu memecah masuk ke kelompok 30 terbaik dunia tahun ini.

“Saya juga mahu beraksi cemerlang dalam semua kejohanan disertai. Bonus kalau saya dapat tembus ke peringkat lebih tinggi pada tahun ini.

“Selain itu, kalau sekali lagi diberikan peluang ke Sukan SEA, saya akan mencurahkan segala keringat dan memberikan persembahan paling baik buat Malaysia,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI